Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers... Sorry coz lama tidak update blog. Lately, sibuk sangat dengan assignment yang perlu disiapkan sebelum cuti mid sem bermula pada 3 Nov nie... Biasalah kehidupan seorang pelajar... Assignment dan pelajar memang sngt sinonim... Sy nk share dengan semua pembaca mengenai lokasi hujung minggu seterusnya yang boleh kita kunjungi ke sana. Sy telah berkunjung ke Muzium Orang Asli yang terletak di Jalan Pahang, Gombak di Selangor. Sekiranya dari Tanjung Malim, perjalanan mengambil masa 1 jam 6 minit ke Muzium Orang Asli. Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pelawat - pelawat yang ingin melawat Muzium Orang Asli. Muzium ini dibuka pada setiap hari dari jam 9:30 am hingga 5:00 pm kecuali ditutup pada hari Jumaat. Muzium ini terletak dalam kawasan perkampungan orang asli. Muzium ini juga terletak berhadapan dengan Hospital Orang Asli. Terdapat pelbagai info menarik yang anda akan lihat apabila mengunjungi muzium ini. Antaranya, anda akan mengetahui sejarah orang asli. Anda juga akan dapat mengenali beberapa aspek penting dalam kehidupan mereka seperti kegiatan ekonomi mereka, adat perkahwinan mereka, adat - adat yang diamalkan oleh mereka, permainan dan muzik tradisional mereka, kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka, upacara pengebumian mereka dan lain - lain. Jika anda berkunjung ke sana, anda tidak akan melepaskan peluang bergambar bersama topeng kayu ukiran dan patung ukiran mereka yang unik. Hasil kraf tangan mereka yang unik akan membuat anda terpesona apabila melihatnya. Kaum Orang Asli juga mempunyai pakaian tradisional mereka tersendiri. Anda juga akan melihat tentera yang terdiri daripada orang asli sendiri. Di sini sy serta beberapa keping gambar khas tatapan anda.
|
pintu masuk ke muzium |
|
jom naik atas, masuk dalam muzium,,, |
|
waktu muzium beroperasi |
|
hahaaha,,, sempat lagi bergambar bersama tentera orang asli.. |
|
orang asli pun ada tentera mereka,, hebat kan? |
|
patung tentera orang asli |
|
cucuk sanggul yang diperbuat daripada kayu,, sangat kreatif |
|
kaum orang asli pun ada cucuk sanggul yang unik,,,, |
|
gelang sebagai perhiasan diri |
|
suasana adat perkahwinan kaum orang asli |
|
wow,, replika patung,,, unik tapi seram gak kan |
|
replika rumah tradisional mereka |
|
salah satu baju mereka yang unik |
|
salah satu rumah tradisional mereka |
|
rumah tradisional yang unik |
|
bentuk rumah yang agak berlainan |
|
rumah panjang |
|
rumah bangsawan |
Selesai berkunjung ke muzium, anda boleh singgah ke kedai kraf tangan untuk mendapatkan cenderamata bagi dijadikan kenangan ketika berkunjung ke sana. Saya harap anda sudi berkunjung ke sana. Sekiranya anda mempunyai cadangan aktiviti dan lokasi menarik untuk dikunjungi, boleh lah berkongsi dengan saya dan pembaca lain. Selamat berhujung minggu!!!
View Larger Map
12 comments:
nice blog..ok la ni..good job
thanks,, share la any suggestion klu ada ye..
hye. done follow here. nice blog. keep it up. tpi widget follow me tu nampak besar sgt. hihi. and lg satu kalo bole azwani buat word verification ye yunk! :D
gudluck!
hai blog anda sgt cantik..jom berkumjung ke blog saya iezasmile.blogspot.com
Wani..klau bleh masukkn la skali bahasa org asli..ramai yg tak tau psl bhasa diorg ni..
salah2. bukan buat, buang word verification :)
bhasa org asli? okay nnt sy cube cri,,, tq
Nice blog wani! N melawat muzium is a good idea untuk isi masa weekend! Dapat jalan2 n at the same time dapat tambah ilmu pgetahuan..nanti share lah lagi aktiviti time weekend ye..esp yg visiting places..t nak pegi jugak lahh
thanks ali naa,,, nnt blh la g ye,,
terima kasih kerana sudi berkongsi. blog yang menarik. dan melalui blog yang kak post hari tu. saya dapat belajar 'selamat malam' dalam bahasa orang asli ialah Selamat Lagyek.haha
welcme sim,,, ilmu yang baik patut dimanfaatkan bersama.. :-)
bagi saya ini lah aktiviti hujung minggu yg bermanfaat & berfaedah.. heheheee, masuk pun FREE... anyway GOOD JOB..
Post a Comment