Relaxing moments!!!

Tuesday, 12 November 2013

Keriangan di Taman Layang - layang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!! Terlebih dahulu, sy selaku pemilik blog nie nk ucapkan terima kasih atas respon yang sngt2 positif mengenai blog sy,,, ini merupakan satu permulaan blogging yg sngt baik bg sy… J thanks atas komen anda semua.  Apa yang anda semua buat ye menghabiskan weekends anda baru – baru nie? Sy nak share dgn semua mengenai aktvt hujung minggu sy. Acctually, mmg xde dlm planning nk ke singgah ke tmpt tp agak tertarik sbb melihat ruangan langit yang dipenuhi dgn pelbagai reka bentuk layang – layang…



So, apa lg singgah la sekejap nk tgk apa yg menjadi tarikan org rmi sehingga snggup parking kete kat tepi jln… Taman Metropolitan Kepong yang terletak di Kepong… Jika dari Kuala Lumpur,, perjalanan hanya mengambil masa 17 minit shj,,, jika anda dari Tanjung Malim perjalanan hanya mengambil masa selama 58 minit… Jika mahu lebih mudah, amik laluan Batu Caves ke Kepong… Lazimnya, apabila hujung minggu mmg kedtgn pengunjung ke sini amat meriah sekali… Anda boleh lihat, kereta – kereta yang diparkir di bahu jalan penuh sekali… Sebenarnya Taman Metropolitan Kepong ini merupakan kawasan reakreasi seperti Tasik Titiwangsa dan Tasik Embayu di Proton City. Namun demikian, kawasan ini mempunyai daya tarikan yang unik kerana mempunyai ‘Taman Layang – layang’. Di kawasan ini, amat sesuai untuk bermain layang – layang. Ramai yang hadir ke sini bersama keluarga dan kawan – kawan utk bermain layang – layang. Pelbagai reka bentuk layang – layang turut dijual di sini. Jika anda lihat pemandangan di langit, anda akan berasa tenang sekali kerana pelbagai reka bentuk layang – layang terbang di langit. Layang – layang ini memenuhi ruangan langit. Tmpt ini mmg sesuai utk dijadikan destinasi hujung minggu yg menarik. Anda boleh keluarga anda ke sini ataupun bersama kawan – kawan. Bagi yang berkeluarga, kawasan ini amat sesuai utk anda menghabiskan masa hujung minggu anda. Anak – anak kecil akan berasa teruja gembira apabila melihat layang – layang yang ada di sini. Terdpt beberapa aktvt lain yang ada di sini spt beriadah, bermain kasut roda, bermain skateboard, bermain basikal dan macam2 lagi. Bagi yang ingin bermain kasut roda, di sini ada menyediakan gerai yg menyediakan perkhidmatan sewa kasut roda.


perkhidmatan sewa kasut roda


pelbagai size kasut roda utk disewa

Ruangan untuk bermain kasut roda juga ada. Di sini juga terdpt taman permainan utk kanak – kanak. Lazimnya pada hujung minggu, ada persembahan yang menarik diadakan di sini. Contohnya, sewaktu sy berkunjung ke sana, pelajar2 dr IIUM telah mengadakan persembahan bermain caklempong. Secara tidak langsung, anda akan berasa terhibur ke sana.

persembahan caklempong
persembahan yang menghiburkan

Jika anda berasa dahaga atau lapar, di sini juga ada gerai2 yang menjual mknan dan minuman. Ada juga keluarga yang tidak melepaskan peluang berkelah di sini. Bagi yang ingin ketenangan pada hujung minggu, di sini terdapat sebuah tasik yang besar. Anda mungkin akan mendpt ketenangan di sini. Oleh itu, saya sarankan anda semua dtg ke sini utk isi msa hujung minggu anda… Bagi yang berkeluarga, apa slhnya jika anda membawa anak – anak anda bersiar – siar di sini.. Akhir kata, sy harap anda semua dpt manfaat hujung minggu anda dgn aktvt yang berfaedah dan aktvt yg sht… Bolehlah lihat beberapa gmbr sewaktu sy ke sana... Apa slhnya keluar utk menghilangkan tekanan di hujung minggu setelah 6 hari penuh dgn jadual kerja yg padat ataupun penuh dgn kuliah dan assignment yg bertmbh kan… hehehe Manfaatkan cuti anda.. Enjoy ur weekends.. J


taman permainan kanak - kanak


pelbagai reka bentuk layang - layang turut dijual

anak - anak muda yang bermain skateboard

meluangkan masa dengan aktiviti berbasikal

ruangan bermain kasut roda
ramainya pengunjung



pelbagai aksi bermain kasut roda,, ada juga yg baru blaja bermain sehingga terjatuh.. hehehe

kanak - kanak kecil riang bermain dengan bebas dan selamat


View Larger Map
View Larger Map

Friday, 8 November 2013

Serba Sedikit Bahasa Orang Asli

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers!!! Pape pun thanks coz kunjungi blog sy,,, ini adalah first time sy buat blog sebenarnya… thanks for ur opinion and suggestion… Okaylah, baru – baru ni saya ada post mengenai kunjungan sy ke Muzium Orang Asli di Gombak. Ada yang komen minta sy post mengenai bahasa orang asli… Ini ada beberapa asas bahasa orang asli yang sy boleh share,, boleh lah try.. Mana tahu nanti, boleh try bercakap dgn orang asli jika ada kesempatan… boleh tambahkan ilmu sedikit kan… 



  1. Selamat Pagi - Selamat Yehyak
  2. Selamat Malam - Selamat Lagyek
  3. Selamat Jalan - Selamat Cebcib
  4. Nama kamu siapa? - Ilok kenek hak?
  5. Kamu tinggal di mana? - hak gel enlok?
  6. Saya suka kamu - Yek icin mahak


Credit to this blog (kat bawah ye link dia) coz this info sy dpt dr blog beliau… Mari kita manfaatkan ilmu ini… Walaupun menghabiskan hujung minggu dengan berjalan – jalan, namun mungkin kita akan dapat sedikit ilmu untuk meningkatkan pengetahuan kita… Barulah aktiviti kita di hujung minggu akan lebih bermakna dan lebih bermanfaat!!! Akhir kata, enjoy ur weekends!!!


 "http://akusumpit.blogspot.com/2009/10/mari-belajar-bahasa-orang-asli.html"

Friday, 1 November 2013

MENGENALI DUNIA ORANG ASLI

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers... Sorry coz lama tidak update blog. Lately, sibuk sangat dengan assignment yang perlu disiapkan sebelum cuti mid sem bermula pada 3 Nov nie... Biasalah kehidupan seorang pelajar... Assignment dan pelajar memang sngt sinonim... Sy nk share dengan semua pembaca mengenai lokasi hujung minggu seterusnya yang boleh kita kunjungi ke sana. Sy telah berkunjung ke Muzium Orang Asli yang terletak di Jalan Pahang, Gombak di Selangor. Sekiranya dari Tanjung Malim, perjalanan mengambil masa 1 jam 6 minit ke Muzium Orang Asli. Tiada sebarang bayaran dikenakan ke atas pelawat - pelawat yang ingin melawat Muzium Orang Asli. Muzium ini dibuka pada setiap hari dari jam 9:30 am hingga 5:00 pm kecuali ditutup pada hari Jumaat. Muzium ini terletak dalam kawasan perkampungan orang asli. Muzium ini juga terletak berhadapan dengan Hospital Orang Asli. Terdapat pelbagai info menarik yang anda akan lihat apabila mengunjungi muzium ini. Antaranya, anda akan mengetahui sejarah orang asli. Anda juga akan dapat mengenali beberapa aspek penting dalam kehidupan mereka seperti kegiatan ekonomi mereka, adat perkahwinan mereka, adat - adat yang diamalkan oleh mereka, permainan dan muzik tradisional mereka, kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka, upacara pengebumian mereka dan lain - lain. Jika anda berkunjung ke sana, anda tidak akan melepaskan peluang bergambar bersama topeng kayu ukiran dan patung ukiran mereka yang unik. Hasil kraf tangan mereka yang unik akan membuat anda terpesona apabila melihatnya. Kaum Orang Asli juga mempunyai pakaian tradisional mereka tersendiri. Anda juga akan melihat tentera yang terdiri daripada orang asli sendiri. Di sini sy serta beberapa keping gambar khas tatapan anda.


pintu masuk ke muzium
 
jom naik atas, masuk dalam muzium,,,
waktu muzium beroperasi

hahaaha,,, sempat lagi bergambar bersama tentera orang asli..


orang asli pun ada tentera mereka,, hebat kan?
patung tentera orang asli
cucuk sanggul yang diperbuat daripada kayu,, sangat kreatif
kaum orang asli pun ada cucuk sanggul yang unik,,,, 

gelang sebagai perhiasan diri

suasana adat perkahwinan kaum orang asli

wow,, replika patung,,, unik tapi seram gak kan

replika rumah tradisional mereka

salah satu baju mereka yang unik

salah satu rumah tradisional mereka

rumah tradisional yang unik

bentuk rumah yang agak berlainan

rumah panjang




rumah bangsawan




Selesai berkunjung ke muzium, anda boleh singgah ke kedai kraf tangan untuk mendapatkan cenderamata bagi dijadikan kenangan ketika berkunjung ke sana. Saya harap anda sudi berkunjung ke sana. Sekiranya anda mempunyai cadangan aktiviti dan lokasi menarik untuk dikunjungi, boleh lah berkongsi dengan saya dan pembaca lain. Selamat berhujung minggu!!!





View Larger Map