Relaxing moments!!!

Sunday 13 October 2013

Sehari Di Memory Lane

Hye all! Apa yg pembaca semua buat hujung minggu ni? Sy nak share mengenai aktvt weekend sy di utara tanah air. Pasti ada di antara pembaca xprnh dgr Pasar Memory Lane? Pasar Memory Lane ni juga dikenali sbg 'Pasar Karat' di Jalan Horley, Ipoh, Perak. Pasar ini dibuka setiap hari Ahad seawal jam 6:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Pasar Memory Lane ini merupakan sebuah pasar yang menjual barangan antik, terpakai dan lama. Bagi penggemar koleksi barangan antik, boleh la berkunjung ke sini utk mendptkan barangan yg menarik. Barangan yg dijual di sini masih lg berada dlm keadaan yg baik dan berkualiti tinggi. Pengunjung yang datang ke pasar ni sungguh ramai. Di sini sy ada sertakan beberapa gmbr semasa sy di Pasar Memory Lane..


Pintu Gerbang Pasar Memory Lane

                                       
                                        Lokasi pasar bersebelah dengan The Store
 

Pelbagai majalah dari luar negara juga dijual

Barangan perhiasan yg agak unik 



Telefon zaman dahulu yg boleh dijdkan koleksi peribadi


Barangan perhiasan yg cukup menarik

      Bagi penggemar koleksi lagu lama boleh la dptkan lagu
    kegemaran anda di sini, pemain piring hitam juga dijual di sini

Model kenderaan dari luar negara dan berkualiti tinggi

Cantiknya basikal perhiasan ni klu dijdkan perhiasan

Koleksi barangan lama
Mesin taip zaman dahulu pun ada

Wah, peti harta karun pun ada,, hehehe

Koleksi pinggan mangkuk zaman dahulu

Duit syiling dan wang kertas lama dari pelbagai negara juga ada dijual

Kamus ini berusia ratusan tahun turut dijual
     Kamera model lama boleh dijadikan koleksi perhiasan
yg bernilai pada masa akan dtg

Dulang pada zaman dahulu yg mempunyai ukiran yg menarik

Begitu ramai pengunjung ke pasar ini





Thanks la kpd para pembaca yg sudi membaca blog sy,,, Boleh la nnt manfaatkan masa weekend tuh dgn aktvt yg menarik nie ye.. :-)



View Larger Map

Saturday 12 October 2013

Nothing to say much...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua pembaca blog sy. Ini kali pertama sy menulis blog. Dalam blog sy ni, sy akan share dgn semua pembaca mengenai aktvt weekend yg menarik.. Selama 6 hari ada yg sibuk bekerja dan ada juga sibuk dengan kuliah dan assignment smpi xde mse nk rest.. So, time weekend la msenya utk kte release tension.. Harap semua pengunjung blog sy sudi membaca blog sy dan sudi memberi komen. Jika anda ada cadangan aktvt weekend yg menarik boleh la berkongsi dgn sy ye! Have fun ur weekends!!!